//dOlly snOw




Note to myself maybe?

Hello yall! we meet again. Okay, so kali ni punya entry agak fefeeling sikit coz i just nak share kat korang apa yang i rasa. lol, bukan kata nak jiwang or what just nak share okay. Almaklum, dah lama tak update blog kan. So, bila dah ada peluang cuti sem ni. moh le kita bersama sama membuang masa. lol. i love wasting my time :)

So, if korang boleh nampak gambar kat atas tu yang ada ayat " Things change, people change, life goes on" tu mesti korang dah boleh agak dah what kind of story yang i nak cerita ni. am i right? Well, yall kan genius. Of course la boleh teka. Hmm. Actually, entry kali ni kinda sad story jugaklah. But, nevermind. Just nak luahkan perasaan je memandangkan i dah taktau nak luahkan kat siapa. 

Well, dulu adalah seorang hamba Allah yang sentiasa ada ngn kita ni. Boleh kata, setiap kali ada masalah i akan bagitau dia and luahkan perasaan kat dia. Tak kesahla masalah apa pun, even though masalah tu sekecil kuman sekali pon, i akn bgitau dia. And then, dia pon akan bagi advice, bagi semangat, boleh kata he's always there for me no matter what. But, now i dont have any idea what actually happened to us. Okay, before that, let me explain something. He's my boyfriend. Boleh kata, dia sebahagian dari hidup i sekrang.  Banyak benda dah kiteorg lalui. yang pahit yang manis. Macam macam. Yeah, I know mesti korang fikir. "well relaxla dude. Pakwe je pon, bukannya suami" But well, dude? i tau korang pon pernah bercinta kan? tipulah kalau kata 2014 ni ada lagi orang yang tak pernah couple even though sekali dlam seumur hidup. ( maybe ada tapi tak banyak) So, cerita cinta kita semuanya tak sama. And different person different story, right? 

Just i wonder something, mesti korang pernah alami ni. Bila kita setia dengan someone, orang tu pulak yang tak setia ngan kita. Bila kita tak setia dengan someone Allah bagi kita pulak yang setia. Bila kita sayang and hargai someone, orang tu tak sayang dan hargai kita. Bila kita tak bosan dengan someone, someone tu pulak yang bosan dengan kita. Boleh kata ni KARMA or what? Bila kita buat orang and then Allah balas balik dekat kita. Macam tu ke? 

Korang pernah terfikir tak kenapa manusia sekarang cepat sangat berubah. Like, seriously sekelip mata pon boleh berubah. Harini kita rapat tapi esok siapa boleh jamin yang kita akan rapat mcm harini. Kadang kadang i rasa pelik sangat. Why sekarang manusia kurang nampak dan bersyukur apa yang dah ada depan mata. Dulu bila single merayu kat Allah nak someone yang baik, setia lah apa2 jelah. But then bila dah dapat hargainya hanya sesaat dua, bila dah bosan biarkan mcam tu je ( just like haihai byebye) 

Kadang kadang kita tak sedar yang kita ni berubah sebab apa. Kadang kadang kita tak sedar apa yang kita buat. Bila dah ada yang menegur please take a note. sometimes ada orang tegur untuk sedarkan kita tentang kesilapan kita. Nak kita perbaiki kesilapan kita. Dia sayangkan kita. Dia tak jemu tegur kita. Tapi kita? hmm buat tak tau, balik balik bila ada masalah diajak berbincang cakap tanak layanlah masalah ni, macam2 alasan nak lari. Please jangan pernah sakitkan hati someone yang betul2 ikhlas sayangkan kita. sebab belum tentu kita akan dapatkan someone yang seikhlas sayang dia kat kita. Allah bukan sengaja hadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebab. Allah bukan sengaja bagi kita dugaan tanpa kita sendiri tak kuat nak alaminya. 

Kita memang tak boleh jamin apa akan jadi masa akan datang, seriously, nobody knows what will happen in our future. Siapa jodoh kita, bila kita mati and everything takde siapa yang akan tau. Tapi, sekurang-kurangnya kita boleh rancangkan untuk hidup yang lebih bahagia. Jangan disebabkan kelebihan dan kemudahan yang Allah bagi kita sedikit ni kita dah lupa diri. Ingat siapa yang selalu bantu kita, siapa yang selalu ada dengan kita, siapa yang selalu ceriakan kita. Jangan pernah berubah hati jika dah dapat apa yang kira sempurna depan mata demi mengejar yang belum pasti milik kita dan belum pasti elok "barangnya". muhasabah diri. 

kadang kadang perubahan diri kita, kita sendiri tak sedar. Kita tak tau pon kita dah lukakan hati seseorang. Yeah, maybe benda tu macam perkara biasa tapi takut benda tu akan timbulkan perasaan benci pada diri seseorang yang sayangkan kita. Jangan siksa dia, kalau sayang cakapla sayang. kalau dah tak, jujurlah dengan dia. Jangan pernah sekali cuba nak menipu dalam hubungan sebab penipuan tu sakit sangat bila dapat tau kebenaran dia nanti. Well, siapa je yang suka kena tipukan?

tahla, tak tau dah nak update apa. rasa mcm dah cukup merepek and cukup melalut dah i merapu ni. rasa mcam asyik ulang benda yang sama. tahla tak faham sebenarnya nak cakap apa. hati celaru sebenarnya. hmm bye
Jangan lepaskan seseorang yang benar benar sayangkan kita hanya kerana kita bosan atau malas nak layan dia lagi ataupon kite dah dapat someone yang baru. Jangan sakitkan hati orang lain, jangan pernah tipu someone yang mengharapkan kejujuran dan kesetiaan kita. Sebab Allah akan balas benda tu sekelip mata je kalau dia nak. Ingat, seseorang tu mengkin tak sempurna tapi kadang2 dia cuba jadi sempurna demi kita yang dia sayang. Yang baik tak selalunya datang bergolek dan tak selalunya kita akan bernasib baik berjumpa dengan orang mcmtu. Jangan pernah rasa menyesal dan berubah kenal dengan seseorang . xoxo


TAKE A NOTE

Disaat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita inginkan mendapatkannya dulu.
Disaat kita tidak merindukannya, ingatlah kali pertama saat kita melafazkan cinta kepadanya.
Disaat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat saat indah kita bersamaanya.





Older Post | Newer Post